Maklumat Kemasukan

 

 

 

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014

 

 

2014-online

Memetik daripada pemberitahuan daripada Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahawa Permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2014 telah dibuka pada 24 September 2013

 

 

 

permohonan sekolah teknik dan vokasional 2014 permohonan kolej vokasional dan sekolah teknik 2014

 

 

Pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung belajar tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik atau Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang

Untuk membuat permohonan,sila layari pada tajuk pautan dibawah

 

Aplikasi atas talian (online) permohonan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik tahun 2014

 

Pada laman terbabit pemohon boleh menjelajah menu capaian antaranya

  • Permohonan/Kemaskini
  •  
  • Info Permohonan seperti Syarat Kelayakan dan informasi lain di laman Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
  • Senarai Sekolah

 

Dalam perkara berkaitan mengenai info kemasukan sila klik sini

Sebarang maklumat lanjut pemohon dinasihatkan melayari Portal KPM di url http://www.moe.gov.my

 

 

 


Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2014

 

 

 

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2014 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;

  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional

Permohonan ke Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti,politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atauTingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.

Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorakvocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;

  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian

Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Programtraineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;

  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.

Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2013.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2014 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2013 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2014 adalah pada 30 Disember 2013.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2014 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melaluionline atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat